Kajian Awal Tentang Perlaksanaan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)

Preleminary Studies on The Implementation of Online Learning among Islamic Studies Students at International Islamic University College of Selangor (Kuis)

Authors

  • Mohd Noor Hussin KUIS
  • Rosni Wazir KUIS
  • Kamal Azmi Abd. Rahman USIM

Keywords:

Online learning, students, Islamic Studies, COVID-19

Abstract

Pandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baru atau pun the new normal yang mana teknologi dan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Dalam bidang pendidikan, terutamanya di peringkat pengajian tinggi, hampir semua hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pengurusan kelas dilakukan secara atas talian sepenuhnya. Walaupun pembelajaran atas talian mempunyai pelbagai kelebihan, kaedah pembelajaran ini merupakan sesuatu yang baru bagi program Pengajian Islam di kebanyakan insititusi pengajian tinggi. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tentang perlaksanaan pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 191 orang mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa mahasiswa Pengajian Islam di KUIS berpandangan bahawa perlaksanaan kaedah pembelajaran atas talian adalah sederhana dengan skor min 2.83 (sp=1.142). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar pembelajaran atas talian dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan.

The COVID-19 pandemic has created a new life or even the new normal whereby the technology and internet are no longer an option but a necessity. In the field of education, especially at the tertiary level, almost all matters related to teaching and classroom management are done entirely online. Although online learning has many advantages, this method of learning is something new for Islamic Studies programs in most institutions of higher learning. Therefore, this preliminary study was conducted on Islamic Studies students at the Selangor International Islamic University College (KUIS) on the implementation of online learning. This study is a quantitative study that will survey the views of respondents by using a questionnaire instrument. The study used random sampling method and the respondents consisted of 191 students from the Islamic Studies program at Faculty of Islamic Civilization Studies, Selangor International Islamic University College (KUIS). The collected data are analyzed and will be given interpretation according to the mean. The study found that the Islamic Studies students at KUIS are of the view that the implementation of online learning methods is moderate with a mean score of 2.83 (sp = 1.142). Therefore, there are room for improvement so that online learning can run efficiently in the future.

Published

2021-05-25

How to Cite

Noor Hussin, M., Wazir, R., & Azmi Abd. Rahman, K. (2021). Kajian Awal Tentang Perlaksanaan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis): Preleminary Studies on The Implementation of Online Learning among Islamic Studies Students at International Islamic University College of Selangor (Kuis). Jurnal Pengajian Islam, 14(1), 148–159. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jpi/article/view/107