Uri Bayi dan Amalan Khurafat Selepas Bersalin dalam Kalangan Masyarakat Melayu Melaka
Baby Uri and Superstition Practices After Childbirth among the Malay Community of Melaka
DOI:
https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.303Keywords:
Uri Bayi, Amalan Khurafat, Wanita Bersalin, Masyarakat Melayu MelakaAbstract
Amalan khurafat perlulah dijauhkan bagi seseorang yang memeluk agama Islam. Terdapat sebahagian masyarakat Melayu Melaka beranggapan bahawa ianya adalah petua yang perlu diikuti. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan-amalan khurafat berkaitan uri bayi (tembuni/ plasenta) yang masih dilakukan dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Melaka. Pada masa yang sama, ianya juga akan menilai tahap kefahaman wanita bersalin tentang amalan khurafat terhadap uri bayi. Responden adalah terdiri daripada wanita Melayu yang tinggal di sebuah kampung di Melaka Tengah. Kajian ini melibatkan responden seramai 45 orang wanita yang pernah berkahwin, hamil dan bersalin. Analisis data menggunakan kaedah peratusan melalui perisian Microsoft Excel dengan mengajukan soal selidik amalan khurafat berkaitan uri samaada pernah melakukan atau tidak pernah melakukan kepada wanita yang pernah melalui proses hamil dan bersalin. Dapatan mendapati bahawa amalan membasuh uri dengan limau nipis, garam kasar, asam keping dan asam jawa beserta jampi dalam kalangan responden menunjukkan peratusan maksimum (100%) manakala amalan menanam uri bayi perempuan dibahagian berhampiran dapur rumah bertujuan supaya bayi akan pandai memasak kelak menunjukkan peratusan yang terendah iaitu sebanyak 36%. Kefahaman ibu bersalin tentang amalan khurafat berkaitan uri bayi berada pada tahap sederhana.
References
al-Quran Tafsir Bil Hadis Multazam, Hussamuddin Yaacub, (2016), Karya Bestari Sdn. Bhd.
Damit, S. A., & Mokhtar, R. A. M. (2018). Norma Dan Adat Kelahiran Masyarakat Kedayan Di Sipitang, Sabah. Journal of Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS).
Kamaruddin, N. K., Ramli, M. A., & Wahab, R. A. (2018). Polemik amalan lotus birth dari perspektif hukum Islam: The polemic of lotus birth practice from Islamic law perspective. Jurnal Fiqh, 15, 1-40.
Mahfudz, N. B., & Porodong, P. Ritual-Ritual Kelahiran Etnik Banjar di Tawau, Sabah. PROCEEDINGS ICOSH-UKM 2017, 1003.
Mustapa, H. H. (2022). Adat Istiadat Sunda. Penerbit Alumni.
Ramli, M. A., Kamaruddin, N. K., & Abdul Wahab, R. (2019). Amalan Pengurusan Uri (Plasenta) Pasca Kelahiran Dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Hukum Islam. Journal of Fatwa Management and Research.
Saleh, R. R. B. H. M. Garis Panduan Hukum Mengenai Khurafat dan Azimat. Melaka: Jabatan Mufti Negeri Melaka.
Sintang, S. (2005). Adat masyarakat Bugis di Daerah Tawau, Sabah. Jurnal KINABALU, Bil, 11, 205-230.
Warta Kerajaan, Goverment Of Malacca Gazette, Jil 59, No.118, [JMM/BFB(S)/351/255/01/17; PUNM. 700-02/37 Jilid 3] yang bertarikh 26 Februari 2015 di ambil dari laman sesawang rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka pada September 2015.
Yunos, Y. (2015). Petua dan Tanda Sebagai Alat Komunikasi Dalam Budaya Masyarakat Jawa. Malaysian Journal of Communication. Jilid, 31, 279-298.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Jurnal Pengajian Islam

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






