Kesilapan Penafsiran Ayat-ayat Al-Quran oleh Golongan Anti Hadis di Malaysia:Kajian Terhadap Kassim Ahmad

Error of the Quranic Interpretation by the Anti Hadis in Malaysia:A Study on Kassim Ahmad

Authors

  • Abdul Mukti Baharudin Pensyarah, KUIS
  • Zaidul Amin Suffian Ahmad Pensyarah, KUIS
  • Rosni Wazir Pensyarah, KUIS

Abstract

Generally, the verses of the Quran cannot be understood unless they are interpreted according to the certain methods. Thus, in interpreting the Quranic verses either by using the type of al-Tafsir bi al-Ma'thur or al-Tafsir bi al-Ra'yi, the scholars have provided the specific methods and guidelines to interpret the Quranic verses. These guidelines are intended to ensure that the texts of the Quranic verses are not interpreted according to their desires and are far from the exact purpose. Nonetheless, violations of the methods outlined in the interpretation of the Quranic verses are often committed by groups of particular interest in distorting Islamic teachings such as the Anti-Hadith, Shia, Sister in Islam and LGBT groups. This study will focus on the errors of the Anti-Hadith groups in Malaysia, in focusing on the study of Kassie Ahmad in understanding the Quranic verses. This study will refer to the works and writings that he has produced. The methodology used in this study is qualitative. The study found that the mistake made in understanding the Quranic verses was due to his inadequate understanding of Arabic language. At the same time, he failed to follow the guidelines set by the scholars in interpreting the Quran. In addition, he did not refer to the views of scholars who interpreted the verses in their interpretation. These factors have led him to misunderstand the contents of the Quranic verses correctly.

Abstrak

Secara umumnya ayat-ayat al-Quran tidak dapat difahami melainkan ianya ditafsir mengikut metode-metode tertentu. Justeru dalam menafsirkannya sama ada secara al-Tafsir bi al-Ma’thur atau al-Tafsir bi al-Ra’yi, para ulama telah meletakkan garis panduan serta metode-metode yang khusus buat ahli tafsir al-Quran. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan agar nas-nas al-Quran tidak ditafsir mengikut hawa nafsu dan jauh tersasar daripada maksud yang dikehendaki. Namun demikian, perlanggaran terhadap metode-metode yang digariskan dalam penafsiran al-Quran sering kali dilakukan oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu atau bertujuan untuk memesongkan ajaran Islam seperti golongan Anti Hadis, Syiah, Sister in Islam dan LGBT. Kajian ini akan memfokuskan kesilapan golongan Anti Hadis di Malaysia, yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dalam memahami nas-nas al-Quran. Kajian ini akan merujuk kepada karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa kesilapan yang berlaku ketika memahami nas-nas al-Quran adalah disebabkan ketidakfahaman beliau terhadap Bahasa Arab secara mendalam. Dalam masa yang sama beliau gagal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh para ulama dalam menafsirkan al-Quran. Di samping itu beliau tidak merujuk kepada pandangan para ulama tafsir yang muktabar dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut. Faktor-faktor ini telah menjerumuskannya kepada kesilapan memahami nas-nas al-Quran secara tepat dan benar.   

 

References

Abdullah Basmeih. (1980). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pergertian Al-Quran. Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah bin Umar al-Baidhowi. 1999. Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. J 1.

Abdullah Yusuf Ali. (1989). The Meaning of The Holy Quran. USA: Amana Corporation.

Ahmad bin Muhammad.( 2000). Al-Misbah al-Munir. Kaherah: Dar al-Hadith.

Ahmad Mustafa al-Maraghiy. Tafsir al-Maraghiy. Kuala Lumpur: DBP. J 11

Ahmad Sanusi Azmi, Mohd Yusuf Ismail & Zulhilmi Mohamed Nor. (2011). Gerakan Anti Hadith Moden: Kajian Terhadap Penyebaran Pemikiran Melalui Internet. Jurnal Penyelidikan Islam. Bil. 24.

Ahmad Sonhadji. (1992). ‘Abr al-Athir. Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan. J 11.

Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. (1993). Tafsir al-Mawardi. Kuwait: Dar al-Sofwah. J 3.

Hamka. (t.t). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional. J 5

Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005). (t.t.) Fatwa 4: Golongan Anti Hadis. Dilayari pada: 1 April 2020 dari http://www.muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/anti_hadith.pdf

Joyce M. Hawkins. (2000). Kamus Dwibahasa Oxford. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Kassim Ahmad. (2011). The Road Home From Sosialism to Islam. Selangor: ZI Publication Sdn Bhd.

M. Quraish Shihab. (2013). Kaidah Tafsir. Indonesia: Penerbit Lentera Hati.

Md Hasri Rajali. (t.t).. Pemikiran Kassim Ahmad Terhadap Sosialisme: Suatu Tinjauan Awal, Tahun 1968 – 1984. Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 2.

Md Hasri Rajali & Muhammad Hasrul Zakariah. (2017). Pemikiran Kassim Ahmad tentang Konsep Humanisme. Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia: Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara. Universiti Sains Malaysia. (208-224)

Mohd Ali Haji Zainal. (2005). Himpunan Fatwa Negeri Melaka (1986-2005), Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka.

Muhammad bin Hussein Al-Zahaby. (2003). Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Kaherah: Maktabah Wahbah. J1.

Muhammad bin Mukram. (1997). Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Saadir. J 3

Muhammad bin Umar al-Zamakhsyary. (1995). Tafsir al-Kasyaf ‘An Haqaiq Ghawamid al-Tanzil Wa ‘Uyun al-Aqawil Fi Wujuh al-Ta’wil. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Muhyiddin al-Darwish. (1999). ‘Irab al-Quran al-Karim. Beirut: Dar Ibn Kathir. J 8.

Mustafa As-Sibaie. (2010). As-Sunnah Wa Makanatuha Fi At-Tasyri' Al-Islami. Beirut: Dar Al-Warraq.

Nik Mohd Zaim Ab Rahim. Kaedah Berhujah Dalam Menangani Golongan Anti Hadis.

Sa’id Ibrahim. (1996). Qanun Jinayah Syar’iyah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.

Wahbah al-Zuhaili. (1997). Fiqh dan Perundang Islam. Kuala Lumpur: DBP. J 1.

Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Mohd Rumaizuddin Ghazali, Mohd Azhar Ibrahim Resedi & Fikri Muharam. (2015). Elemen Anti Hadis Dalam Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Oleh Kassim Ahmad: Satu Penilaian. Al-‘Abqari Journal, 6, 7-34.

Published

2020-08-11

How to Cite

Baharudin, A. M., Ahmad, Z. A. S., & Wazir, R. (2020). Kesilapan Penafsiran Ayat-ayat Al-Quran oleh Golongan Anti Hadis di Malaysia:Kajian Terhadap Kassim Ahmad: Error of the Quranic Interpretation by the Anti Hadis in Malaysia:A Study on Kassim Ahmad. Jurnal Pengajian Islam, 13(1), 1–15. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jpi/article/view/28